Tuesday 29 January 2013

THE RECIPE

Assalamualaikum..

Here the recipe that Cik Nana have pleasure to share with us.

"APAM POLKADOT"

Bahan-bahan ( 15-20 biji )

  • 3 biji telur sejuk-dr peti ais
  • 275 gm tepung gandum
  • 220 gm gula halus
  • 150 ml susu segar
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1 sudu kecil ovalette
  • filling-blueberry / strawberry @ ape2 ikut citarasa
  • pewarna

Cara-cara

  1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima 6-8 minit sampai kembang..
  2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna
  3. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag @ plastik bersih
  4. Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas-
  5. Letakkan filling secukupnya-nak senang masuk dlm plastik @ sudukan jer..
  6. Picit lagi adunan yang sama @ berlainan warna sehingga 3/4 penuh . Kemudian dot-dotkan dengan warna pilihan...
  7. *Cara sendiri-pukul telur dulu, pastu masuk gula dan ovalette. Last tepung yang telah di ayak dengan baking powder...



MOIST CHOCOLATE CAKE


Recently released from steam



After put the toppings


bahan2 A
1 cawan gula
1 cawan koko
1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat
1 cawan minyak masak
* semua bahan diatas gaul sebati & masak atas api perlahan
*rehat sekejap, bila bahan sudah sebati

bahan B
tepung gandum 3/4 cawan
soda bikarbonat 1 sudu kecil
baking powder 1 sudi kecil
*semua bahan ini diayak

bahan C
telur 4 biji (blender je)

cara2
satukan bahan B & C kedalam bahan A secara berselang seli dan gaul dengan senduk je.bila dah sebati, letakkan ke dalam loyang yang telah disapu minyak.kukus selama 30-45 minit (bergantung saiz loyang).
p/s : loyang kene panaskan dulu sebelum masukkan adunan kek tadi....


BLUEBERRY CHEESE TART 

Bahan-bahan ( 10 biji )

  • Bahan untuk Sweet Pastry:-
  • 125 gm mentega / margerin
  • 60 gm gula aising
  • 1 biji telur (gred B) saiz sederhana besar
  • 240 gm tepung gandum
  • Bahan untuk Cheese Filling(inti):-
  • 250 gm cream cheese
  • 50 gm gula aising
  • 20 gm mentega (lembutkan)
  • 1/2 sudu besar perahan lemon
  • 1 biji telur (gred B)
  • Blueberry pie filling

Cara-cara

  1. Panaskan ketuhar pada suhu 180 C.
  2. Untuk membuat sweet pastry: -pukul mentega/marjerin dan gula aising sampai creamy. masukkan telur, pukul lagi. Selepas itu masukkan tepung. Gaul hingga membentuk doh. Tekankan doh tadi ke dalam bekas tart. Tekan kedalam kemas-kemas. Trim tepinya dengan batang sudu atau pisau. Bakar pada suhu 180 C untuk 15-20 minit. Tunggu sejuk dulu baru keluarkan daripada acuan tart.
  3. Untuk membuat cheese filling: -pukul cream cheese, mentega dan gula aising till fluffy. Akhir sekali masukkan telur dan perahan lemon, pukul.
  4. Sendukkan cheese filling tadi kedalam piping bag dan pipekan kedalam doh tart yang sudah dibakar tadi. Hiaskan diatas dengan blueberry filling dan susun diatas dulang pembakar dan bakar pada suhu 180 C selama 10 minit atau filling tadi nampak macam kering sedikit.

All this recipe we've got from Cik Nana.

No comments:

Post a Comment